MAKSUD DI SEBALIK PERKATAAN DIET

"Jom makan"
"Saya diet lah"
Dialog di atas sering kali didengari atau barang kali kita sendiri pernah menyebutnya dan biasa menggunakannya. Tidak dinafikan, dalam proses menurunkan berat badan kita selalu menyebut tentang DIET. Tetapi adakah kita benar-benar faham makna disebalik perkataan DIET ini?

Di mata umum, DIET seringkali dikaitkan sebagai pengurangan jumlah pengambilan makanan untuk tujuan menurunkan berat badan. Padahal, DIET untuk mengurangkan atau menambah berat badan didasarkan atas jumlah kalori yang masuk dan yang telah digunakan. Kegemukan dapat terjadi jika jumlah kalori yang masuk lebih besar dari yang digunakan. Oleh kerana itu, untuk mendapatkan berat badan yang ideal, seseorang harus mengendalikan keseimbangan antara kalori yang masuk dengan energi yang digunakan.

DIET adalah penyusunan makanan yang betul dan seimbang yang perlu diselaraskan pengambilannya setiap hari. DIET menyediakan keperluan zat gizi tubuh yang diperlukan untuk pertumbuhan dan mempertahankan kesihatan secara optimal. Setiap individu adalah berbeza keperluan makanannya. Jadi, DIET juga bergantung kepada keperluan individu tersebut termasuk dari segi keperluan yang bersangkut dengan aktivitinya.

Tubuh memerlukan lima zat gizi utama dan popular iaitu protein, lemak, karbohidrat, vitamin, dan mineral. Empat bermaksud sihat, lima adalah sempurna! Empat unsur DIET yang dimaksudkan ialah nasi, jagung, dan sagu menghasilkan karbohidrat. Manakala daging, ikan, tempe, atau tauhu dalah sumber utama protein. Sayur dan buah-buahan adalah sumber vitamin sementara keperluan mineral dapat diambil daripada makanan berserat. Unsur kelima yang membuat DIET dikatakan sempurna adalah susu yang mengandungi hampir semua unsur gizi. DIET yang mengandungi semua unsur diperlukan dalam jumlah yang cukup disebut dengan DIET SEIMBANG. Vitamin dan mineral sudah termaktub di dalam konsep DIET SEIMBANG. Justeru itu, zat-zat gizi tersebut tidak perlu ditambah secara berlebihan kecuali pada masa pertumbuhan (kanak-kanak), ibu hamil atau pada masa penyembuhan penyakit.

DIET pada tahap pertumbuhan usia kanak-kanak dengan kalangan dewasa adalah berbeza. Pada usia kanak-kanak dan remaja, keperluan kalori dan protein adalah banyak. Pada masa remaja keperluan kalori menonjol sehingga DIETnya mengutamakan karbohidrat dan lemak disamping protein. DIET untuk orang dewasa tidak jauh berbeza dengan remaja. Pada usia lanjut, unsur karbohidrat, lemak, dan protein perlu dikurangkan, sementara vitamin dan mineral sama dengan keperluan orang dewasa.