Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:
- Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
- Bercintalah kau dengannya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
- Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
- Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNYA.
- Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
- Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
- Mimbina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengna cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
- Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
- Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagiaan darimu.
- Jangan biarkan dirimu bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.
Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.