Aku Lemas.!

Sejuknya ari ni.! Kaku, biru, beku jiwaku, hujan...oh...hujan rintikkanmu menggusarkan aku. Sunyi rasanya hidup ini tanpa hari-hari yang menceriakan. Rutinku seharian kalau tak berkerja, merewang le seluruh pekan.... Habis area hingga ke kuala melihat anak-anak tak berdosa bermain dengan gembira. Kini entah apa.........Semuanya menyakitkan perasaan. Eh dosanya aku melawan takdir yang telah ditentukan. Aku sepatutnya berterima kasih padamu wahai hujan. Keranamu aku dapat bersiram sambil membelai kulitku yang putih kepinkan.... Lalu akhirnya aku puas dengan berangan-angan sendirian..... Tu lah sapa kata aku lemas,! Itu semua.....bisikan syaitan yang jelous kerana aku sebenarnya sangat beriman. Amin..

Lebih Muda, Lebih Tua atau Sebaya?

Bila wanita jauh lebih tua

Menjalin hubungan dengan ‘jejaka tua’ membuat hidup kita lebih atau kembali ghairah. Yang tak berapa bestnya kalau dia sering di kelilingi awek-awek yan glebih muda dan mungkin buat kita cemburu. Ramai jejaka muda lebih menyukai wanita yang lebih tua kerana kagum dengan sikap berdikari mereka. Dia mungkin akan kecewa bila ternyata kita bersikap ingin dimanja atau bahkan cemburu. Kesudahannya, dia mungkin akan tertekan dan… tinggalkan kita!

Bila si dia jauh lebih tua

Jejaka lebih tua katanya juga lebih menyenanagkan kerana lebih tenang dan selau berusaha membahagiakan kekasihnya. Mereka biasanya tertarik pada wanita yang mandiri atau sukses dalam karier. Tapi, bila dah jadi suami, dia akan berubah 180 darjah! Pada usia setengah baya, lelaki – dan yang sudah menikah – biasanya terkenang kembali pada masa awal kehidupan seks yang penuh semangat dan penuh kesan. Bila tidak dikompromikan bersama, kisah cinta dengan jejaka lebih tua boleh jadi bencana.

Bila SEBAYA

Boleh dibilang kita dan si dia memiliki pengalaman dan wawasan yang sama, sehingga keterikatan kita dan si dia lebih kuat. Tetapi kehidupan seks pasangan yang sebaya cenderung kurang berhasil.. puncak seks jejaka umumnya sekitar usia 20-an, sementara wanita baru dimulai di usia 30 atau 40 tahun. Kurang pengertian untuk urusan seks ini jadi ‘bom jangka’. Mungkin si dia memilih kita yang sebaya dengannya kerana ingin berkongsi suka duka dengan orang yang boleh mengerti dirinya. Tapi, di luar urusan seks, biasanya memang hobi lelaki melirik daun muda. Apalagi kalau daun yang jauh lebih muda itu ‘menggoda’ fikirannya setiap hari, lebih-lebih bila kita bertingkah dan berpenampilan ala-ala tua atau terlalu keibuan.

10 Rahsia CINTA

1. Kekuatan berfikir cinta bermula dari fikiran kita
Berfikir tentang pasangan ideal yang kamu inginkan akan membantu kamu mengenali dia, di mana kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.

2. Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak boleh mencintai seseorang atau apa saja jika kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati itu adalah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri, “Apa yang boleh aku hormati dalam diriku?” Untuk mendapat respek daripada orang lain, bahkan daripada orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri, “Apa yang boleh aku hormati dalam diri mereka?”

3. Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus boleh memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta yang kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan member cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan pelbagai macam kebaikan. Formula rahasia untuk menciptakan hubungan yang happy, penuh cinta dan abadi adalah dengan selau berfikir “apa yang boleh aku beri” dan bukan “apa yang akan aku dapat”.

4. Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih membawa erti bersama-sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta boleh tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke satu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.

5. Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan satu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapar merasakan getaran cinta yang sebenarnya.

6. Kekuatan untuk melepaskan
Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseoran gperlu ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama-tama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga dan ego. “Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan mempengaruhiku-hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku.”

7. Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar utnuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan tiga kata keramat: “aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cinta dengan kata-kata mesra, kerana boleh jadi hari itu adalah hari terakhir kamu melihatnya. Jika kamu akan mati, tapi dapat kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang aka kamu katakan… dan sekarang… kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran serta tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu inginkan hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan ghairah
Ghairah, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Ghairah yang terus berkobar, bukan hanya dating dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, antusiasme dan rasa saling tertarik.. ghairah boleh diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan ghairah. Polok dari cinta dan kegembiraan selalu sama; yang harus kita lakukan adalah mengisi hari-hari kita dengan penuh ghairah.

10. Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam satu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang boleh menjadi curiga, cemas dan takut. Orang lain akan berasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang sepenuhnya sehingga kamu juha mempercayai dia sepenuhnya. Anggaplah seakan-akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar-benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri, “Apakah aku benar-benar mempercayainya sepenuh hati?” Jika jawapannya ‘tidak’, maka kamu harus berfikir dengan hati-hati sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

i LoVe IsLaM


10 NASIHAT UNTUK ORANG BERCINTA

Berikut adalah nasihat-nasihat berguna untuk orang-orang yang bercinta:

  1. Janganlah kau membiarkan kemanisan bercinta dihirup sebelum engkau berkahwin dengan 'si dia'.
  2. Bercintalah kau dengannya dengan sekadarnya. Kelak mungkin 'si dia' mungkin bukan jodoh untukmu.
  3. Jika kau ingin berbahagia seumur hidup, tahanlah dirimu untuk berbahagia sebelum kau berhak menjadi milik 'si dia'.
  4. Jika engkau menyintainya, binalah asas perkahwinan dengan tidak melanggar syariatNYA.
  5. Kebahagiaan yang kau lihat sebelum berkahwin hanya palsu, yang hakikinya adalah selepas kau diijabkabulkan.
  6. Jikalau engkau inginkan pasangan hidupmu yang terbaik untukmu, maka engkaulah yang patut menjadi yang terbaik dahulu.
  7. Mimbina keserasian sebelum berkahwin bukanlah dengna cara ber'dating', cukuplah sekadar engkau tahu apa yang perlu kau tahu.
  8. Bercintalah untuk mencapai cintaNYA.
  9. Jika engkau masih belum bercinta, tahanlah dirimu untuk nafsumu dengan cinta yang tidak diterima disisi ALLAH, kelak ALLAH akan tarik kebahagiaan darimu.
  10. Jangan biarkan dirimu bercinta sehingga yakin cinta tersebut membawamu ke gerbang perkahwinan.

Setiap nasihat ini mungkin tidak relevan kepada seseorang. Mungkin ia juga relevan kepada seseorang yang lain.

SEJARAH ROKOK

Sejak 4000 tahun dahulu, saintis mendedahkan bahawa penduduk tempatan di Mexico, Amerika Tengah dan Selatan mempunyai tabiat mengunyah tembakau. Kemudiannya, tembakau telah diperkenalkan di Eropah oleh Christopher Columbus yang menjejakkan kakinya di benua Amerika pada tahun 1492.

Ketagihan merokok bermula di Eropah terutamanya semasa Perang Crimean,
Perang Dunia Pertama danPerang Dunia Kedua. Kilang rokok pertama wujud di London pada tahun 1880.

Dalam dunia Islam, tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ia tidak pernah dikenali
pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Secara amnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpengaruh dengan Barat yang menjajah mereka. Kini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu budaya yang elit dan membanggakan.

Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui iklan- iklan
media massa pada suatu masa dahulu, ingin pula bergaya demi mencapai status keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok.

Jadi, sedarlah, merokok sebenarnya bukanlah suatu yang fitrah, ianya adalah disebabkan oleh propaganda serta pengaruh buruk yang dibawa oleh pihak barat ke dalam masyarakat kita.


Berhentilah merokok.

TEMPAT LARANGAN MEROKOK

Pada 5 Jun 2009 yang lalu, pihak kerajaan telah pun mengeluarkan satu memo larangan merokok di kawasan-kawasan yang diwartakan. Berikut ialah kawasan-kawasan yang dilarang merokok:-

1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disco, kelab malam atau kasino
2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik
3. Di dalam lif atau tandas awam
4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin
5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
6. Di dalam bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta
7. Di mana-mana kawasan lapangan terbang
8. Di mana-mana kawasan premis kerajaan
9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan
10. Di mana-mana kawasan institusi pendidikan tinggi
11. Di mana-mana kawasan taman asuhan kanak-kanak
12. Di dalam bas sekolah
13. Di mana-mana tingkat dalam bangunan yang mempunyai kaunter perkhidmatan bank atau institusi kewangan,Telekom Malaysia,
Tenaga Nasional dan Pos Malaysia
14. Di mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah
15. Di mana-mana kawasan di dalam stesyen minyak
16. Di mana-mana kawasan di dalam stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium
17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
18. Di mana-mana kawasan di dalam perpustakaan
19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet dan
20. Di mana- mana kawasan di dalam tempat
latihan khidmat negara

Jika dilihat senarai tempat diatas, ianya menunjukkan dengan jelas bahawa golongan perokok adalah tidak dialu-alukan di dalam masyarakat. Jadi, usahlah biarkan diri anda dipinggirkan oleh masyarakat.

Berhentilah merokok sebelum terlambat.