TEMPAT LARANGAN MEROKOK

Pada 5 Jun 2009 yang lalu, pihak kerajaan telah pun mengeluarkan satu memo larangan merokok di kawasan-kawasan yang diwartakan. Berikut ialah kawasan-kawasan yang dilarang merokok:-

1. Di dalam pusat hiburan atau teater, kecuali pub, disco, kelab malam atau kasino
2. Di mana-mana kawasan hospital atau klinik
3. Di dalam lif atau tandas awam
4. Di dalam tempat makan atau kedai berhawa dingin
5. Di dalam kenderaan awam atau hentian pengangkutan awam
6. Di dalam bangunan yang dinyatakan oleh menteri melalui pemberitahuan dalam warta
7. Di mana-mana kawasan lapangan terbang
8. Di mana-mana kawasan premis kerajaan
9. Di mana-mana kawasan yang digunakan bagi apa-apa aktiviti perhimpunan di dalam sesuatu bangunan
10. Di mana-mana kawasan institusi pendidikan tinggi
11. Di mana-mana kawasan taman asuhan kanak-kanak
12. Di dalam bas sekolah
13. Di mana-mana tingkat dalam bangunan yang mempunyai kaunter perkhidmatan bank atau institusi kewangan,Telekom Malaysia,
Tenaga Nasional dan Pos Malaysia
14. Di mana-mana kawasan di dalam kompleks membeli-belah
15. Di mana-mana kawasan di dalam stesyen minyak
16. Di mana-mana kawasan di dalam stadium, kompleks sukan, pusat kecergasan atau gimnasium
17. Di dalam mana-mana bangunan atau tempat awam yang digunakan untuk tujuan keagamaan
18. Di mana-mana kawasan di dalam perpustakaan
19. Di mana-mana kawasan di dalam kafe internet dan
20. Di mana- mana kawasan di dalam tempat
latihan khidmat negara

Jika dilihat senarai tempat diatas, ianya menunjukkan dengan jelas bahawa golongan perokok adalah tidak dialu-alukan di dalam masyarakat. Jadi, usahlah biarkan diri anda dipinggirkan oleh masyarakat.

Berhentilah merokok sebelum terlambat.