SEJARAH ROKOK

Sejak 4000 tahun dahulu, saintis mendedahkan bahawa penduduk tempatan di Mexico, Amerika Tengah dan Selatan mempunyai tabiat mengunyah tembakau. Kemudiannya, tembakau telah diperkenalkan di Eropah oleh Christopher Columbus yang menjejakkan kakinya di benua Amerika pada tahun 1492.

Ketagihan merokok bermula di Eropah terutamanya semasa Perang Crimean,
Perang Dunia Pertama danPerang Dunia Kedua. Kilang rokok pertama wujud di London pada tahun 1880.

Dalam dunia Islam, tembakau yang menjadi bahan utama dalam rokok, telah diperkenalkan secara menyeluruh oleh penjajah Barat yang beragama Kristian, dan ia tidak pernah dikenali
pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Secara amnya umat Islam tidak merokok melainkan kerana terpengaruh dengan Barat yang menjajah mereka. Kini, merokok adalah suatu kebiasaan yang diterima secara meluas dalam masyarakat kita, sehingga kadangkala ia dipandang sebagai satu budaya yang elit dan membanggakan.

Anggapan palsu ini terhasil apabila golongan yang mudah terpedaya dengan budaya asing, terutamanya yang dipaparkan melalui iklan- iklan
media massa pada suatu masa dahulu, ingin pula bergaya demi mencapai status keunggulan yang kononnya dikaitkan dengan merokok.

Jadi, sedarlah, merokok sebenarnya bukanlah suatu yang fitrah, ianya adalah disebabkan oleh propaganda serta pengaruh buruk yang dibawa oleh pihak barat ke dalam masyarakat kita.


Berhentilah merokok.